offical ask.fm

[ oneshot ] - love


*  *  *

‘Love?’

Pandangan terikat disebuah bingkai gambar yang memapirkan beribu memori di fikiran. Jari-jemari ditautkan bersama membawa ke belakang. Pandangan tertunduk untuk seketika, memandang kasut Everlast merah putih.

“Hey..”

Lamunan terganggu. Pandangan aku alih ke arah kasutnya. Bukan wajahnya. Mendengar suaranya seolah mendengar ribut. Hati tidak tenteram. Seolah ternampak babak mesranya bersama orang yang disayangi.

Siapa aku di matanya?

“Wai..?” Tangan di raih mesra. Pandangan aku hala ke tepi.

“Please.”

Aku hanya halimunan.

Dia diam untuk seketika. Kedengaran nafas di hela berat. “I’m sorry.”

Sorry can’t make everything complete.

“I’m sorry too.. Got to go.” Kaki membuka langkah tetapi terhenti tatkala pinggang di paut mesra dari belakang. Tangan itu makin mengetatkan pelukan. Seolah memanaskan badan dan menenangkan diri yang menggigil.

Tak. Aku buat jalan yang salah.

“Khai. Please.”

Tangan cuba meleraikan pelukannya dengan tenaga yang ada. Kepalanya didaratkan di atas bahuku kemas. “Kenapa mesti melarikan diri?”

“Patut soalan tu tuju pada diri Khai.”

Diam sekejap.

Perlahan kelopak mata dipejamkan. “Now. Let me go.”

Pergi.




Tangan memeluk lutut. Pandangan terhala ke arah luar tingkap yang menghujankan salji. Pendiang yang ternyala sedikit demi sedikit dapat memanaskan tubuh. Kopi yang dibuat sudah sejuk di tepi katil bersama buku kosong.

Setiap kali mata di pejam, wajahnya mesti ada.

Senyumannya.

“Wai..” Kepala segera menoleh memandang Syaf yang menatang semangkuk bubur. Bibirnya mengoyak senyuman nipis. Perlahan-lahan kepala menghala ke arah tingkap semula.

“Syaf.” Namanya aku seru perlahan.

“Kau pernah tak rasa sakit dalaman yang teruk tapi luaran biasa?”

Dia diam untuk seketika. Bantal ditepi katil di capai, punggung dihenyakkan di atas buaian gantung bewarna putih. “Macam mana tu?”

“Bila orang pukul kau, kutuk kau, tak sakit. Tapi bila kau melihat seseorang yang kau sayang gembira bersama orang lain..”


“Aku harap orang lain tahu apa aku rasa..”

Kenapa dia mesti wujud dalam hidup aku?

“Kalau kau sayangkan dia, kembali lah kepada dia semula.”

“Patut ke aku kembali bila aku melihat dia tersenyum, gelak bersama, berpimpin tangan, berpelukan bersama orang yang aku anggap kawan selama ini? Kenapa dia sanggup begitu dan lagi menyakitkan kenapa dia cari aku lagi sekarang? Apa yang dia mahu dari aku?”

Mata berair. Pandangan mula kabur.

“Aku terseksa mengenali dia.”

Perlahan-lahan mutiara jernih jatuh bergelimpangan di tubir mata.

“Aku benci saat dia mengucapkan sayang dia pada aku. Aku benci saat dia senyum pada aku. Aku benci dengar suara dia. Aku benci lihat wajah dia. Semua tentangnya..”

“Kenapa mesti menghukum sebelum memeriksa?”

Kata-kata terhenti saat mendengar soalan Syaf. “Kenapa?” Dia bangun duduk bersebelahan denganku. Bahuku diraih lembut lalu mengusap ia. “Wai.. kalau kau rasa dia adalah yang terbaik untuk kau.. jagalah dia ..”

Aku tak sanggup.

Kata-kata yang hanya dilantunkan di dalam hati.




 Aku tersedar saat terdengar seperti sesuatu yang memanggil lembut namaku. Suara yang cukup aku kenali. Spontan tubuh bergerak bangun. Gebar di selak ke tepi.

“Wai..”

Suara itu.

Aku menoleh ke kiri. Tiada.

“Saya kat sinilah..”

Mataku melilau mencari. Pandangan aku hala ke kanan. Masih sama.

“Awak suka saya tak?” Kaki berlari ke luar balkoni. Melihat gelanggang yang kosong dengan lampu tiang, mengintai ke bawah dan semuanya gelap.

“Saya tahu awak suka saya..” Aku terjelopok jatuh. Tangan memegang dada. Air mata mula lebat turun tanpa henti. “Sebab saya pun suka awak..”

Suara itu.. dari hatiku..

“Saya pun suka awak..”

Tangan menutup mulut tatkala terlafaz kata-kata yang sukar untuk bibir ini mengungkap.

Saat hadirnya dia kenapa hati tidak menerima?

Dan..

Saat perginya dia kenapa hati mencari-cari?

Kenapa pedih sungguh mencintai seseorang? Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan dengan kata-kata gurauannya? Adakah aku layak untuk dipanggil hamba cinta?

Tak.

Aku hamba Allah.

Perlahan-lahan bibir mengucap dua kalimah sya’hadah.

Ya Allah, perit sungguh mencintai hambamu yang kini memilih untuk mencintai sesamanya dan melupakanmu. Saat hati memerlukannya dia tiada. Tetapi Engkau sentiasa bersama hamba-hambamu.


*  *  *