offical ask.fm

{ oneshot } - myself


“eyes like a shutter, mind like a lens.”

Tangannya ligat menaip sesuatu di atas papan kekunci tanpa menghiraukan haruk-pikuk di café tersebut. Kamera ditepi mula dipandang sekilas sebelum dicapainya. Button picture ditekan, gambar mula keluar satu persatu dari skrin.

“Hey.. Sorry, late.”

Dia memandang gerangan wajah yang sudah kepenatan menghirup udara. Peluh ditepi kepala dilap dengan tisu yang dihulur. Perlahan bibir mengoyak senyuman. Tak sangka, wajahnya boleh membuat dia tersenyum.

“Lama tunggu?”

Dia menggeleng perlahan, kamera kembali ditatap. “Tak lama mana, aku boleh minum 2 cup coffee.”

“Lama lah tu.”

Keadaan kembali sunyi, seolah manusia dihadapannya tiada. Dia lebih focus menilik satu persatu gambar yang diambil sebelum ini. “Ermm.. album awak dah siap?”

“Hrm?”

“Album awak ..”

Album? Ada aku pernah cakap nak buat album ke dengan minah ni?

“Belum.” Sepatah mulut dia menjawab, kamera diletak semula. Laptop jenama Asus kembali ditatap sambil tangan lincah menaip. “Aku tak minta kau datang..” Ayatnya tergantung, wajah si dia ditatap semula.

“Saya yang nak datang, tengok cara awak ambil gambar. Kalau boleh saya nak tiru tapi malangnya saya tak boleh tiru..”

Ambil gambar ada cara ia? Boleh tiru-tiru?

“Setahu aku, ambil gambar tiada cara, nak ambil gambar, ambil je lah.”

Dia kembali diam, memandang skrin laptop dihadapan. “Tapi.. awak ada cara nak mengambil gambar dan cara itu tak boleh saya tiru.. ia melalui mata awak.”

Diam.




         
Langit ditatap tanpa rasa. Putih yang ditenggelami kelabu itu membelah langit dengan cahaya kilat dan hujan.Tangkai cawan yang dipegang kini sudah berada elok di atas meja bersebelahan dengan novel english yang sudah hampir 5kali diulang.

“Bosan.”

Skrin televisyen yang melekap di dinding mula menarik perhatiannya dengan muzik One Direction. Perlahan-lahan bunyi itu mengubah suasana rumah yang sunyi dengan bunyi petir berdentam-dentum.

“Everything you’ve ever dreamed of..disappearing when you wake up.” – One Direction : Night Changes

Pantas rimut dicapai, skrin mula gelap. Lirik itu dihayati lama, dia cukup faham akan patah kata tersebut. Seolah lirik itu mengejek dirinya yang sibuk dengan dunia khayalan atau dunia mimpi.

Rambut yang agak memanjang kehadapan diraup kebelakang.

“Irvan, word is just a word to you.

Pantas tuala dicapai, langkahnya terus menuju tandas.





“Nah.” Coffee diletakkan bersebelahan dengan kertas-kertas yang agak bersepah di atas meja kopi. “Coffee.”

“Saya tak order apa-apa lagi.”

“Kalau order pun, kamu pesan coffee.”

Bibir mengoyak senyum, “Terima kasih.”

Tangannya mula tolong mengemas kertas-kertas di atas meja. “Saya tak upah orang untuk kemas barang saya.”

“Alah, apa salahnya makcik tolong. Berserabut je makcik tengok.”

Kertas disusun satu persatu kemudian dihempap dengan buku nota kecil di atasnya. Kemas dan teratur seolah tahu citarasanya bagaimana. “Apa nama kamu?”

“Irvan. Nur Muhammad Irvan bin Muhammad.”

Laungan azan disebelah sana membuatkan wanita tersebut diam dan kaku untuk seketika. Mulutnya seolah mengucap sesuatu dan tangan menadah apabila azan berhenti. Tangannya mengaminkan doa.

“Dah masuk waktu. Kalau kamu nak tinggalkan barang kamu dekat café pun makcik tak kisah. Baik solat dulu, baru hati kamu tenang. Senang nak buat kerja.”

Dia senyum, kaku.





Kamera dipegang, satu persatu gambar mula tersimpan di dalam folder. Kadang-kala kerjanya tersangkut apabila menunggu orang yang ikut sama memegang telefon mengambil gambar apa yang dia ambil.

Dia ni.. haikh. Nasib aku sayang dia.

“Heyy, Irvan! Tungulah! Tahulah awak tu kaki panjang, buka langkah besar je!” Dia terbongkok-bongkok lari sambil mengejarnya yang sudah jauh dihadapan.

“Aku dah kata, kerja ambil gambar ni memang gila. Kalau kau ikut aku, bertambahlah kegilaan dia.”

“Whatever, I don’t care as much. I can follow you.”

“What did you get when you follow me 24hours?”

Dia diam sekejap. Jarinya mengetuk dagunya yang runcing, pandangan terarah pada langit. “Hrmm.. maybe, saya dapat pikat awak?”

“Ingat senang nak pikat aku? Aku hati batu, perempuan seksa lalu depan aku pun aku tak bergegar.”

Dia diam, matanya seolah tertutup, bibirnya lebar tersenyum.

Pantas kamera aku hala ke arahnya. Satu gambar terhasil dengan pantulan cahaya matahari dari belakang sana. “Eihhh mencuri! Pencuri!”

“Mana ada aku curi.”

“Tu, awak ambil gambar saya!”

“Kalau curi, diam-diam. Ni depan mata. By the way, you have an eye smile. Look so adorable.

Diam sekejap, dia kembali senyum. “Awak puji saya!”

“Mana ada! Aku tak puji pun!” Jawabnya tenang, dia mula membuka langkah meninggalkannya yang masih tersengih lebar.

Aku puji dia eh?





Bunyi music Taylor Swift mula menghiasi bilik. Wanita itu ikut sama mengalunkan rentaknya dengan tangan kanan memegang sikat rambut seolah ia adalah mikrofon. Tanpa sedar orang diluar sana memerhatikan dia di atas.

“Tu lah kerja Hana masa dia jadi gila.”

“Bergegar rumah dengar suara dia. Ni kalau dia tahu kamu datang, mahu menjerit dia.”

“Makk!!!!”

Kedua-dua mereka tertawa mendengar suara Hana dari atas sana. Pantas langsir diselak tanpa menghiraukan pandangannya yang tersenyum. So cute.

Eh? Aku puji dia lagi!

“Ahh, minumlah air.”

Dia tersenyum, cawan yang dipenuhi dengan air oren diteguk perlahan. Merasa kesejukkan air. Hana yang tadi menjerit mula turun, kemas dengan tudung di kepala. Dari pontianak jadi muslimah terus!

“Assalammualaikum,”

“Waalaikumsalam.”

Hana duduk berhadapan dengan maknya, “Kenapa tak beritahu Irvan datang? Dan awak,” Mata polos itu merenung dia disebelahnya. “Awak tak cakap pun nak datang. Tak call, sms, wassap, wechat, ym or everything.”

Sorry, 10 missed call, you don’t answer it. Sibuk berkaroke dalam bilik. Kalau semua yang kau cakap tu aku send pun kau tak akan balas.”

Hana mendegus, peluk tubuh. “Mak masuk dulu iaa.”

Diam sekejap, kedengaran nafas dihela. “Ada apa awak datang?”

“Saje. Tengok tunang buat apa kat rumah.”

Since when awak kisah ni?” Hana kembali merenungnya. “Irvan, awak ada masalah ke?”

“Kenapa setiap kali aku buat benda pelik atau tak atau apa yang berkaitan dengan hubungan kita, kau tanya aku ada masalah ke?”

Hana menghadap ke hadapan semula. Kolam renang di tatap kosong. “Tak adalah. Selalunya saya yang cari awak, kali ni awak cari saya.”

Kali ni Irvan pula diam.

“Aku rindu nak jumpa kau, dengar suara kau. That’s why I came.”

“You miss me?”

Eh? Aku cakap aku rindu dia ke?

“Aku cuma rindu nak jumpa kau. Bukan rindu kat kau.”

Tak payah tipulah Irvan, kau rindu dia.

Bibir merah itu menarik senyum lebar, “Don’t deny..”

Irvan mula mencapai kamera di dalam beg, pemandangan bukit di bawah sana menarik perhatiannya. “Kau dah lama tak jumpa aku. Aku datanglah. Mana tahu, anak manja tuan puteri ni merajuk.”

Hana menarik muka. Memerhati dia yang mula mengambil gambar. Kamera di hala ke arahnya.

Smile.”

Klik.

Satu gambar terhasil.

“Maaf. Aku curi.”

Hana kembali tersenyum.





“Maaf, café terpaksa tutup atas sebab masalah sedikit.”

Tajuk besar di depan pintu itu dibaca. Buat pertama kali dalam sejarah, café itu tutup atas sebab masalah sedikit. Telefon di dalam kocek ditarik keluar. Nombor Haykal mula di cari pantas button hijau ditekan. Telefon didekatkan ke telinga.

Bro, apa citer kau call aku?!”

“Assalammualaikum.”

Haykal menjarakkan telefon dari telinga buat seketika, agak terkejut. “Irvan? Is that you?

“Ialah, aku.”

“Wow! Dah jadi Pak Ustaz ke? Pecah rekod ni!”

Dia tersenyum sikit, “Ni bukan masa pecah rekod ke apa ke. Now, aku nak jumpa kau. Kat ne?”

Haykal tertawa sedikit. “Café Aunty Jenny depan apartment aku.”

“Okay, set.”

Panggilan dimatikan, terus kunci motor dikeluarkan pula. Telefon diletak semula ke dalam kocek. Yamaha R6 Matte Black mula kedengaran bunyi ngaumannya. Dia mula membelah jalan raya seolah jalan itu kepunyaannya.





“Oi, kau apa citer?”

Tangan dihulur, perlahan dia menyambut sambil meletakkan beg sandang di tepi meja. Zip jaket dibuka sedikit, sarung tangan diletakkan di tepi beg lantas rambut dibetulkan. “Aku okay je.”

“Hah, kau kalau tak jumpa aku nak minta tolong memang tak sah. Apanya?”

Dia tersenyum senget, Irvan.. Irvan.. Aku kenal sangat kau ni.

“Aku nak kau ganti tempat aku masa kahwin nanti.”

“Huh?! Kau gila? Dengan Hana?!”

Dia mula mengoder secawan teh cina. Wajahnya tenang seolah tiada masalah dengan apa yang dia cakapkan. Perlahan pandangannya jatuh pada Haykal yang terdiam membatu disebelah dengan mata yang bulat.

“Memang. Aku dah gila.”

“Kau ni dah kenapa? 6 tahun Hana dengan kau, bercinta bagai dah nak kahwin dan kau suruh aku ganti kau? Apa kau ingat Hana anak patung?”

Irvan senyum, perlahan sehelai kertas dikeluarkan dari begnya. Lantas dihulur pada Haykal yang masih kebingungan. Wajahnya berubah tatkala membaca isi surat itu. Bibir yang pucat membelah senyuman.

“Aku dah tak lama dah.”

Dia masih diam, merenung kertas yang berada di tangan. Kadang kala, rasa semuanya mimpi semata-mata dan bukan nama Irvan yang tertera disitu.

Nur Muhammad Irvan bin Muhammad.

“Kenapa ..” Pandangannya tepat terarah pada Irvan yang sedang menghirup teh. Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan. Hanya renungan dan muka pucat yang menipu diri sendiri.

“Kenapa kau masih disini? Bukan ke kau patut buat pembedahan tu?”

“Aku nak kau kahwin dengan Hana dan buat dia happy.” Jawapan yang berlainan dengan soalan yang dituju. Dia mula merenung Haykal disebelahnya sambil tersenyum sedaya upaya dia.

“Aku tak boleh nafikan. Aku memang sayang dia tapi aku tak boleh sayang dia macam kau sayangkan dia. Aku tahu .. kau suka dia dan kau aje yang boleh buat dia happy, bukan aku.”

“Apa kau merapu ni?” Nadanya tinggi, kedudukan yang tadi duduk mula berdiri merenyokkan kertas ditangan. “You still have your-

Money? It’s all vain. I can’t do anything. Money is not the best conditions to solve my problem now, Haykal. Semua ni sementara je. Apa guna aku kaya tapi kaya yang tak boleh menyembuhkan penyakit aku?”

“But Hana deeply in love with you. You’re her life, now.”

“And you? You just look her happy with me even your heart said that you really want to married her. What is this? I know, you love him. Deeply in love like you said a second a go.”

Haykal mati kata. Ayat yang cuba disambungkan tiada gunanya lagi. Tubuhnya seolah mati untuk seketika. Nafas terhenti, pancaindera tidak lagi berfungsi mendengar kata-kata Irvan. “I got to go-”

Make sure kau datang masa perkahwinan tu.” Dia bangun, memakai semula sarung tangan. Beg kembali digendong manakala jaket dizip habis. “Thanks for the last tea in my life. Bye-”

Senyuman terakhir.




“Irvan! Tunggulah!!”

Kata-kata itu seolah menganggu mindanya. Wajah itu sering menganggu tidur dan fikirannya. Pipi yang mula cengkung dan bibir yang sudah pucat. Dirinya tidak terjaga lagi. Darah yang mengalir di pergelangan tangan dicuci lalu menghapuskan segala buktinya.

Dia kembali duduk diatas sofa menghadap langit yang gelap.
               
“You hurting yourself.”

Suara tersebut sikit tidak menganggu dia yang berada di dalam dunianya.

“And you? You hurting yourself to when you look I’m hurt.”

Kedua-duanya diam. Dia memandang wajahnya sekilas yang sedang mengutip serpihan kaca gelas yang berderai. Lantai basah dengan timbunan air kosong. Papan pil bersepah diatas lantai dan kebanyakkannya ubat turut sama bersepah. Rumah yang tidak berkemas dan dirinya juga.
               
“It’s hurt right?”

“Lagi sakit bila aku terpaksa tinggalkan kau.”

“Jadi kenapa awak tinggalkan saya dan mendera diri awak sendiri?”

“Sebab aku suka.”

Kedengaran nafas berat dihela. Dia duduk berhadapan dengannya yang masih merenung langit yang gelap.

“Did you miss me?”

“No.”

“So, what’re you feel when I’m here? With you..?”

Irvan kembali menoleh. Wajah bersihnya ditelik. “I’m sad. Because I’m not look like before,”

“The first man who make me laugh, sad and at the same time angry. I miss the old you, the old Irvan.”

“I’m the new Irvan..”

Dia diam sekejap, merenungnya disebelah.


“Who hurting myself.